Friday, June 12, 2009

Duhai hati

Dalam kehidupan pelbagai halangan yang perlu dihadapi.. Ini adalah rencah-rencah kehidupan. Namun andai ditakdirkan diriku ini salah seorang insan yang dihadiahkan dengan pelbagai rintangan dan liku-liku kehidupan. Aku bersedia menghadapinya sekarang. 

Bukan aku ingin berbangga dengan pencapaian yang telah aku miliki, tetapi disebalik kejayaanku pada hari ini, tersimpan kemas satu kesah yang tidak pernah ku kongsi dengan sesiapa. Kehidupan lampauku.. yang tidak akan pernah aku lupe sampai bila-bila. Aku akui kesusahan lampau mendorongku untuk lebih menjadi seperti diriku pada hari ini.

Sehingga hari ini, aku berdepan dengan krisis yang aku sendiri tidak dapat mengenal pasti puncanya. Puas aku selidiki, namun aku hampa, di mana silapku sehingga ke hari ini aku gagal menjadi diriku yang dulu. Aku mencari-cari sinar kebahagian dahulu, kemana ia menghilang. Jika dahulu hidupku tidak pernah sekali pun terhalang, semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah aku mengakhiri zaman bujangku, semuanya berjalan lancar tanpa ada celanya.

Namun kali ini berbeza dengan sebelumnya... Apa salah diriku ini, sehingga sinar kejayaanku hilang, sedangkan aku sendiri tidak mampu untuk mengecapi apa yang telah aku perolehi. Sukar untuk aku jelaskan kepada umum, apa yang terbuku dihati ini. Andai hati ini mampu meluahkan semuanya, aku yakin, pasti kalian semua tidak sangggup membacanya...

Bagiku, ini adalah salah satu ujian dan cubaan keatasku. Mungkin ini juga salah satu sebab yang membolehkan aku memberikan masa kepada diriku sendiri. Renung kembali kehidupan dulu. Jika boleh ku undurkan waktu, akan ku undur untuk mengembalikan segala-galanya kepada asal. 

Tiada kata yang dapat ku gambarkan apabila aku berjaya mengembirakan hati kecil seorang ibu yang telah banyak berkorban untukku sepanjang hayat ini. Tidak akan ku lupa jasamu ibu. Engkulah wiraku didunia dan diakhirat. Aku memohon maaf andai diri ini banyak menyusahkan mu wahai ibuku yang amat ku cintai. Tiada siapa yang dapat menghalang kasih dan sayangku padamu ibu. Engkau tetap bertahta di tempat paling atas dalam hatiku, andai takdir memisahkan kita. aku rela pergi jua bersamamu. Bawalah aku sekali dan jangan biarkan aku sendiri mengharungi hidup ini. 

Sekalipun aku telah mempunyai keluarga sendiri, aku sanggup berkorban nyawa andai itu dapat memberikan sinar gembiraan kepadamu wahai ibuku. Demi mu, demi cita-cita dan impianmu, akan ku usahakan agar ia menjadi realiti yang mana mampu mengembalikan kembali kegembiraan itu. Seperti waktu dulu.

Ya Allah andai jauh rezekiku, maka engkau dekatkanlah. Andai susah untukku memperolehi rezeki, engkau mudahkanlah. Andai hati ini gelisah, maka engkau tenangkanlah. Andai hidupku berliku, engkau senangkanlah. Andai engkau mengambil nyawaku, maka engkau gembirakanlah orang-orang disekelilingku. Andai itu takdirnya... aku pasrah.

Sunday, May 17, 2009

Hurm... Mungkin ini luahan dari hati dinda....

Assalamualaikum... buat kenkawan dinda...

Let me share with all of u out there..

kehidupan seorang Penanam Anggur KELAS PERTAMA.....

hahhahahahahah.... (Interested to read??)

Sebenarnya... kehidupan perlu diteruskan walaupun terpaksa melalui berbagai-bagai onak dan duri... Ranjau berliku sewaktu belajar tidak sama dengan ranjau berduri dalam menempatkan diri di ruang kerjaya... Kini begitu ramai siswazah yang menjadi penganggur terhormat dirumah... 

Bukan sebab memilih kerja... Tetapi.. jika diikutkan kalo kita tidak memilih kerja, it mean that kita macam seorg yang tidak ada pendirian... Let say " kalo ada degree tak kan nak keje sebagai tukang cuci kan " ... tentulah nak keje yang bagus sket ..... kurang-kurang pun junior Executive and above ... Dinda pun sebenarnya memilih pekerjaan.... Sebab tuh laa jadi penggangur terhormat..... Pengalaman nak fight di dunia pekerjaan nie tak sama ngan kita bekerja ngan company family okey... It need strong Energy, gud result is one of advantage to ensure u get better opportunity to get the job... But..... Be careful... kalo nak keje ngan goV... PAstikan Ada cable bawah Meja nooo........ 

The better ways.. skrg nie dengan keadaaan ekonomi yang tak menentu, it better for us to take the advantage from the gov "Permohonan Dalam Talian Pembiayaan Untuk Pengajian Ijazah Lanjutan di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua" ... Sambung je laaa MASTER... nie peluang terbaik coz GOV kasi dana... Bukan senang nak dapat.... Ada Syarat2nya.... sila rujuk laman rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 

Dinda pun nak try to apply MASTER of Science in PERSONAL, MOBILE AND SATELLITE COMMUNICATION. Menarik tak coz yang dinda pilih nie.... This is Collaborative program with University of Bradford... Jika dulu degree dinda daripada Coventry University... kali nie dinda nak amik master dr University of Bradford laa plakk..... huhuhuhu 

Pasau fees nie laaa... mahal sket... dulu dah selamat... dapat biasiswa dr MARA, tuh  semangat nak sambung master... kalo tak... tak de maknanya.. nak sambung lagi... coz kene bayar utang yang dah dekat 100k tuhh.... berpeluh laa kalo nak bayar... Banyak tuhhh.......

So U all kat luar sana doa-doakan laa dinda dapat kejayaan dalam kehidupan  ... terutamanya dalam rumahtangga, kerjaya, pelajaran dan yang penting doakan dinda cepat dapat bb.... huhuhuhu :)

Friday, May 8, 2009

Teratak Dinda


nie laaa teratak baru dinda... tingkat 2 tau.. nek tangga kena pusing2 dulu baru sampai... huhuhuhu

sian lew bg nenek2 or makcik2 yg uzur tuh... semestinya x dpt nak nek sampai atas.. tak dapat nak nolong ehh.. coz tak der lif..... 

Thursday, April 16, 2009

Lagi pHoto kawen Dinda

                                                                                     







Friday, February 27, 2009

Undangan KE Majlis Perkahwinan DINDA & KANDA

Assalamualaikum.... 

Kepada semua Warga Malaysia yang mengenali dinda, jemput datang ke majlis perkahwinan Dinda Salihah dan Kanda Danial. Maklumat terperinci seperti berikut : 

Tarikh : 19 Mac 2009 (Khamis) 11.oo am to 5.oo pm

Lokasi: KG Bukit Besar, 21100 Kuala Terengganu

Manakala majlis menyambut menantu di perak akan berlangsung pada 29 MAC 2009 (Ahad) 12.oo pm to 3.oo pm

Diharap kehadiran anda dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan dinda dan kanda... Amin...