Dalam kehidupan pelbagai halangan yang perlu dihadapi.. Ini adalah rencah-rencah kehidupan. Namun andai ditakdirkan diriku ini salah seorang insan yang dihadiahkan dengan pelbagai rintangan dan liku-liku kehidupan. Aku bersedia menghadapinya sekarang.
Bukan aku ingin berbangga dengan pencapaian yang telah aku miliki, tetapi disebalik kejayaanku pada hari ini, tersimpan kemas satu kesah yang tidak pernah ku kongsi dengan sesiapa. Kehidupan lampauku.. yang tidak akan pernah aku lupe sampai bila-bila. Aku akui kesusahan lampau mendorongku untuk lebih menjadi seperti diriku pada hari ini.
Sehingga hari ini, aku berdepan dengan krisis yang aku sendiri tidak dapat mengenal pasti puncanya. Puas aku selidiki, namun aku hampa, di mana silapku sehingga ke hari ini aku gagal menjadi diriku yang dulu. Aku mencari-cari sinar kebahagian dahulu, kemana ia menghilang. Jika dahulu hidupku tidak pernah sekali pun terhalang, semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah aku mengakhiri zaman bujangku, semuanya berjalan lancar tanpa ada celanya.
Namun kali ini berbeza dengan sebelumnya... Apa salah diriku ini, sehingga sinar kejayaanku hilang, sedangkan aku sendiri tidak mampu untuk mengecapi apa yang telah aku perolehi. Sukar untuk aku jelaskan kepada umum, apa yang terbuku dihati ini. Andai hati ini mampu meluahkan semuanya, aku yakin, pasti kalian semua tidak sangggup membacanya...
Bagiku, ini adalah salah satu ujian dan cubaan keatasku. Mungkin ini juga salah satu sebab yang membolehkan aku memberikan masa kepada diriku sendiri. Renung kembali kehidupan dulu. Jika boleh ku undurkan waktu, akan ku undur untuk mengembalikan segala-galanya kepada asal.
Tiada kata yang dapat ku gambarkan apabila aku berjaya mengembirakan hati kecil seorang ibu yang telah banyak berkorban untukku sepanjang hayat ini. Tidak akan ku lupa jasamu ibu. Engkulah wiraku didunia dan diakhirat. Aku memohon maaf andai diri ini banyak menyusahkan mu wahai ibuku yang amat ku cintai. Tiada siapa yang dapat menghalang kasih dan sayangku padamu ibu. Engkau tetap bertahta di tempat paling atas dalam hatiku, andai takdir memisahkan kita. aku rela pergi jua bersamamu. Bawalah aku sekali dan jangan biarkan aku sendiri mengharungi hidup ini.
Sekalipun aku telah mempunyai keluarga sendiri, aku sanggup berkorban nyawa andai itu dapat memberikan sinar gembiraan kepadamu wahai ibuku. Demi mu, demi cita-cita dan impianmu, akan ku usahakan agar ia menjadi realiti yang mana mampu mengembalikan kembali kegembiraan itu. Seperti waktu dulu.
Ya Allah andai jauh rezekiku, maka engkau dekatkanlah. Andai susah untukku memperolehi rezeki, engkau mudahkanlah. Andai hati ini gelisah, maka engkau tenangkanlah. Andai hidupku berliku, engkau senangkanlah. Andai engkau mengambil nyawaku, maka engkau gembirakanlah orang-orang disekelilingku. Andai itu takdirnya... aku pasrah.
No comments:
Post a Comment