Monday, January 17, 2011

NeW YeaR 2011

Setelah 17 belas hari memasuki tahun baru, barulah dinda berkesempatan menulis di blog. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2010. Jika di imbas kembali sepanjang tahun 2010, ada 2 perkara yang masih belum dinda tunai dan hajat belum lagi termakbul. So, Azam tahun 2011 adalah untuk menyelesaikan segala impian dan hajat yang belum terlaksana semasa tahun 2010.

First of All, Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana telah mempercepatkan permohonan pertukaran kanda ke Taiping. So, lepas nie kami kembali duduk dalam satu rumah. Banyak benda dapat dijimatkan disini. So, lepas nie boleh laa planning untuk pergi " BERJALAN" makan angin di tempat-tempat yang menarik.

Proses melapor diri pertukaran kekanda pada 10 Januari 2011 berjalan dengan lancar dan lokasi tempat bertugas adalah di Wisma persekutuan Taiping berhampiran dengan tempat kerja dinda. Senang lew nak pie keje... jalan di Taiping nie tak jem macam KL.

Sebelum berpindah dari Sepang, dinda telah mencari rumah untuk disewa sementara menunggu proses pembelian rumah. So, carik punya carik... seluruh Taiping ( mengambil masa 3 hari) baru jumpa.. rumah di Taman Berkat, Taiping.

So, dalam 22 Januari 2011, dinda bercadang untuk move out trus dari Sepang To Taiping. Its means that, semua barang telah di bawa ke Taiping dengan selamatnya menggunakan Lori. Banyak juga barang yang ada di Sepang. Nampak je sikit, tapi bila kemas.. masih lagi tak abis... adoi poning kepalo den....

Cadangannya bertolak dalam pukul 11 pagi dan dijangka sampai ke Taiping dalam pukul 4 petang. So, petang Sabtu tue, dinda minta jasa baik pelajar-pelajar yang di kasihi untuk membantu dinda menyusun atur rumah.

Dinda berharap semuanya akan berjalan lancar. Kepada semua saudara mara, kawan-kawan dan pelajar-pelajar boleh laa datang ke Taman Berkat Taiping untuk menghulurkan bantuan.

Sekian, wassalam...

No comments: