Adalah lebihbaik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai
untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak saja.
Malah dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan
tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan
pertolongan dalam hal-hal kebajikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan suami untuk membuat kerja rumah.
Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat
dilaksanakan dengan cepat dan betul.
Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah
menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah
dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang
pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran,sebaliknya
melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu
sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana
ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain
tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka
suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam
banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai
manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah
penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini,
maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan
kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah
kerana tidak ada sikap pemaaf.
Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat
berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala
yang diperoleh adalah berganda-ganda daripada solat bersendirian.
Dengan melakukan solat berjemaah, maka perhubungan ukhuwah suami
isteri dapat dipereratkan. Yang penting dalam kehidupan sebagai suami
isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya
untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumah tangga.
No comments:
Post a Comment