Thursday, February 12, 2009

KeTabahan, KeTekunanKu membuahkan HASIL

Assalamualaikum.....

Setelah sekian lamanya... dinda buzy ngan kehidupan.. tup tap tip tupppp....

Akhirnya... dahh masuk bulan 2.. sebenarnya dinda nak berkongsi kegembiraan ngan semua orang....

Citernya bermula disini... Krekk krongg kreekkk krongg.. bunyi message received pada hdphone dinda... satu message telah pun masuk... tanpa berlengah dinda pun menekan button VIEW untuk tengok isi kandungan msg tuh.... then zup.... jantung dinda berdegupppp kencang..... (Tapi: dalam masa yang sama... mata dinda tetap tidak berkelip menatap skrin hdphone)......CVB 0376 = pointer average 70.5 (first class degree)... Berkali... dinda tenung msg itu... dan kali ini dinda PASTI itu adalah ID dinda bg program under Coventry university...... Yaaaaaaaahhhhoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.......

Mamaaaaa..... mamaaaa... mamaaaaa.....

Dinda dapat Degreee....First classs...... 

Dari jauh mama berteriak... "Ape dia??? Mama tak dengar" Sambil mama berlari-lari anak datang ke arah dinda.... Dinda daa dapat first class tuk degree nie..... mama dengar tak... dinda daa berjaya maa..... Semua loan dah jadi biasiswa..... Dengan wajah yang ceria mama terus memeluk dinda dan mengucapkan "alhamdulillah, syukur pada ALLAH"

Akhirnya pengorbanan mama ternyata membuahkan hasil yang sangat berharga dan tak ternilai...... dinda juga kurang percaya.. tapi dinda tetap bersyukur kehadrat Allah kerana telah mengabulkan doa dinda untuk melihat mama gembira mendengar berita kejayaan dinda....

Dinda hadiahkan kejayaan buat mama demi kasih dan sayang dinda kerana mamalah orang yang bertanggungjawab memberikan semangat dan rangsangan kepada dinda untuk menjadi orang yang berguna dan seterusnya akan melakar kejayaan demi kejayaan berkat usaha yang gigih, tanpa jemu berputus asa....

Mama telah menepati janjinya.... menyediakan pulut kuning untuk disedekahkan kepada jiran tetangga sebagai tanda syukurnya.. kehadrat ALLAH kerana telah memberikan berita gembira. Sesungguhnya, dalam hati mama.. dia telah lama mengimpikan satu berita gembira yang bakal melenyapkan segala kekecewaan dahulu....

Dan kini dinda terus melangkah mencari kerjaya yang sesuai dengan jiwa dan sanubari dinda...

Kawan-kawan doakan dinda semoga dinda dapat kerja yang dinda impikan selama ini... AMIN

Salam sayang, 

Dinda....

P/S : Nanti dinda uploadkan result ...

No comments: